PEMANGKU PENGARAH BOMBA KEDAH TURUT SERTA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 1440/2018
________________________
20 NOVEMBER 2018 (ALOR SETAR)- Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat ke majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Peringkat Negeri Kedah Darulaman Tahun 1440/2018 di Dewan Seri Negeri di Wisma Darul Aman. Keberangkatan baginda pada jam 10.30 pagi itu diiringi Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff.
Turut hadir Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir bersama isteri Tok Puan Norzieta Zakaria serta barisan exconya.
Majlis sambutan dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran, tazkirah, marhaban dan selawat.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah tidak melepaskan peluang untuk menyertai Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah Darulaman Tahun 1440/2018 ini. Timbalan Pengarah, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Mohd Zahar bin Abdullah Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah bersama-sama Timbalan Pengerusi Perisma, Puan Zainun binti Ibrahim selaku Pemangku Pengerusi Perisma, JBPM Negeri Kedah turut hadir.
SALAM MAULIDUR RASUL 1440H : "Menyantuni Umat Membawa Rahmat"
__________________________
"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya." - Al-Ahzaab 33:56
Kemaskini pada 2018-11-25 11:30:25 daripada Admin Kedah