KUNJUNGAN SANTAI PEMANGKU PENGARAH BOMBA KEDAH
_________________________________
TARIKH : 20 NOVEMBER 2018
/ 12 RABIULAWAL 1440H
HARI : SELASA
Tanggal 12 Rabiulawal dalam bulan hijrah Islam satu tarikh keramat dalam sejarah umat islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad SAW merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini.
Maulidur Rasul tahun 2018 bersamaan dengan tahun 1440H di sambut pada Selasa, 20 November 2018 yang merupakan cuti umum di Malaysia. Tema Sambutan Maulidur RAsul pada tahun 2018 adalah "Menyantuni Umat Membawa Rahmat"
Pasukan B, Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Jalan Raja tidak melepaskan peluang untuk menjemput Pengurusan tertinggi JBPM Negeri Kedah untuk sesi santai bersama pegawai bomba yang sedang bertugas di balai berkenaan dalam jamuan tengahari.
Timbalan Pengarah, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Mohd Zahar bin Abdullah, Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah bersama-sama Timbalan Pengerusi Perisma, Puan Zainun binti Ibrahim Pemangku Pengerusi Perisma, JBPM Negeri Kedah turut hadir.
Selamat menyambut Maulidur Rasul 2018 bersamaan dengan tahun 1440 Hijrah.
Kemaskini pada 2018-11-25 08:53:10 daripada Admin Kedah