Selasa - 30 April 2017 - TAHNIAH diucapkan kepada semua 62 pendaki dari JBPM , KKM dan Media Malaysia berjaya mendaki sehingga ke Annapurna Base Camp, Nepal yang terletak di Banjaran Himalaya pada ketinggian 4,130 meter. Ekspedisi ini melibatkan peserta dariapda 31 pengamal media, 21 pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, lima wakil Kementerian Kesihatan Malaysia dan lima wakil persatuan belia daripada seluruh negara selamat sampai di Kem pangkalan Annapurna pada jam 11.30 pagi waktu tempatan.
Kejayaan ini turut mencatatkan 2 rekod Malaysia iaitu kumpulan teramai dan juga mengibarkan bendera jalur gemilang terbesar seluas 6x12 meter dan seberat 11 kilogram.
Peserta tertua ekspedisi ini iaitu Dato Nik Naizi yg merupakan Presiden Kelab Media merangkap Penasihat ekspedisi turut berjaya ke puncak.
Ekspedisi ini bermula sejak 24 April yang lalu dan semua pendaki negara dijangka pulang ke tanahair pada 5 Mei 2017. SYABAS JBPM
INFO/GAMBAR: PRO KEDAH
Kemaskini pada 2017-05-10 22:13:12 daripada Vox Admin