Bagaimanakah memperbaharui RESIT ALAT PEMADAM API?
Resit alat pemadam (H13) telah ditukarkan kepada Barcode Sticker setelah sistem eFEIS berkuatkuasa pada 1 Jun 2013. Proses untuk memperbaharui Resit Alat Pemadam Api adalah seperti berikut :
- Pemilik Alat Pemadam Api (APA) hendaklah membawa APA yang ingin diperbaharui atau alat pemadam api yang baru ke syarikat penyelenggara alat pemadam api yang telah berdaftar dengan sistem eFEIS. Senarai syarikat yang telah berdaftar dengan sistem eFEIS boleh dirujuk di Portal eFEIS iaitu http://efeis.bomba.gov.my.
- Syarikat penyelenggara (kontraktor) alat pemadam api tersebut hendaklah membawa alat pemadam api dan surat yang telah diisi oleh pemilik alat pemadam api ke pusat-pusat eFEIS yang berhampiran. Terdapat 108 pusat eFEIS di seluruh Malaysia.
- Pegawai di Pusat eFEIS akan meneliti permohonan dan memastikan alat pemadam api tersebut berada dalam keadaan baik untuk mendapatkan barcode sticker. Segala data akan disimpan di dalam system eFEIS secara berkomputer dan tidak boleh dipinda.
Adakah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyediakan khidmat PEMBELAJARAN AWAM?
Ya, Ada. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyediakan khidmat PEMBELAJARAN AWAM melalui pameran, ceramah dan demontrasi peralatan kebombaan.
Dimanakah Borang Perakuan Bomba boleh diperolehi ?
Borang Perakuan Bomba boleh diperolehi dengan pergi sendiri ke tempat di bawah :-
- Bahagian Keselamatan Kebombaan Ibu Pejabat yang berlokasi di Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya.
- Bahagian Keselamatan Kebombaan Negeri-Negeri iaitu Ibu Pejabat Negeri-Negeri Seluruh Malaysia.
- Bahagian Keselamatan Kebombaan Daerah-Daerah iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Daerah-Daerah Seluruh Malaysia.
- Bahagian Keselamatan Kebombaan Zon-Zon iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Zon-Zon (Buat masa ini cuma di Negeri Sabah dan Negeri Sarawak).
ATAU bagi yang berada jauh bolehlah menulis surat permohonan kepada tempat yang dinyatakan di atas.
Bagaimanakah mendapatkan SURAT SOKONGAN PERLESENAN?
Surat Sokongan Perlesenan boleh didapatkan daripada Balai-Balai Bomba dan Penyelamat di seluruh Malaysia.
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan salinan LAPORAN KEBAKARAN (SLKK)?
Bagaimanakah hendak menubuhkan Pasukan Bomba Sukarela (PBS)?
Bagaimana untuk menjadi Pegawai Bomba Bantuan
Bagaimanakah hendak menjadi Teman Pili Bomba?
- Keahlian program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang berumur 18 tahun ke atas.
- Penyertaan hendaklah menggunakan Borang PB2001 yang boleh didapati di semua Balai Bomba dan Penyelamat yang berhampiran.
- Borang hendaklah dibuat dalam 3 salinan dan majukan kepada Ketua Balai untuk dipertimbangkan.
- Ketua Balai akan menyemak permohonan seterusnya membuat pertimbangan dan sokongan.
- Ketua Balai akan mengemukakan permohonan kepada Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri dan mendapatkan/mengeluarkan surat perlantikan.
- Surat perlantikan daripada Pengarah Negeri kepada Ketua Balai.
- SIJIL TEMAN PILI BOMBA akan dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri kepada Bapa atau Ibu Angkat Pili Bomba.
Apakah kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk Agensi Awam dan Swasta dan bagaimanakah untuk memohon kursus yang ditawarkan?
1. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melalui 5 Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) seluruh Malaysia ada menganjurkan kursus untuk agensi awam dan swasta dimana Latihan Kebombaan dan Penyelamatan adalah suatu program yang berterusan dan kemprehensif kepada pegawai bomba, masyarakat dan industri berasaskan kepada peraturan dan undang-undang dalam usaha untuk mencapai konsep Keselamatan Kebakaran yang menyeluruh.
2. Bagi permohonan kursus, agensi terbabit perlu mengemukakan surat permohonan menghadiri kursus yang berkaitan kepada Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat (ABPM) yang berkenaan. Seterusnya, surat jawapan menghadiri kursus daripada Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat (ABPM) akan dikemukakan kepada agensi yang memohon. Sebarang info berkaitan kursus boleh didapati di laman web Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia www.fram.bomba.gov.my.
Apakah jenis kursus yang ditawarkan untuk pekerja yang bekerja di sektor kilang dan perindustrian dan bagaimanakah untuk memohon kursus tersebut?
1. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melalui 5 Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) seluruh Malaysia ada menganjurkan kursus untuk pekerja yang bekerja disektor perkilangan dan perindustrian. Kursus yang ditawarkan adalah seperti Kursus Keselamatan Kebakaran, Perakuan Bomba, Pepasangan Keselamatan Kebakaran di Bangunan (Sistem Aktif & Sistem Pasif), Penghapusan Bahaya Kebakaran, Akta Perkhidmatan Bomba 1988-AKTA 341 dan Emergency Response Team (ERT).
2. Bagi permohonan kursus, agensi terbabit perlu mengemukakan surat permohonan menghadiri kursus yang berkaitan kepada Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat (ABPM) yang berkenaan. Seterusnya, surat jawapan menghadiri kursus daripada Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat (ABPM) akan dikemukakan kepada agensi yang memohon. Sebarang info berkaitan kursus boleh didapati di laman web Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia www.fram.bomba.gov.my.
Kemaskini pada 2020-09-18 16:51:47 daripada Administrator