4 November 2016 (Jumaat)- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Kedah selaku tuan rumah bagi Sambutan Hari Inovasi Tahun 2016 mengalu-alukan kedatangan kepada semua peserta dan diharapkan dapat memberikan yang terbaik dengan lahirnya idea-idea yang kreatif dan inovatif.
GAMBAR: UNIT SUMBER
Penyertaan adalah terdiri daripada wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, bagi setiap negeri. Jumlah keseluruhan peserta dan urusetia pada kali ini adalah seramai 550 orang. Jumlah Penyertaan bagi kategori Inovasi adalah seramai 48 orang, KIK Pengurusan seramai 106 orang,KIK Teknikal seramai 122 Orang dan Bomba D’Dapur berjumlah 22 orang.Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Kebangsaan JBPM pada tahun 2016 dikelolakan oleh JBPM Kedah dan diadakan di Hotel Holiday Villa, Alor Setar, Kedah. Para peserta berkampung di sini selama 5 hari bermula 4 hingga 8 November 2016. Hotel Holiday Villa, Hotel Regency dan Hotel Seri Malaysia dijadikan tempat penginapan peserta sepanjang program ini berlangsung.
Tahniah kepada semua pemenang.. Semoga bertemu lagi.. Terima kasih di atas sokongan dan penyertaan para peserta daripada semua negeri.
Kemaskini pada 2017-05-25 16:54:54 daripada Vox Admin