MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTIJEN JBPM PUTRAJAYA
Semalam ( 11 Ogos 2016 ) bertempat di Dewan Sutera, JBPM Putrajaya telah diadakan Majlis Penyerahan Bendera Kontijen Pertandingan Kawad Kecekapan (PKK) 2016 JBPM Negeri Putrajaya yang akan bertanding di Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur, Marang, Terengganu. Majlis Penyerahan bendera telah disempurnakan oleh YS PgKB I Md. Hilman Bin Abd Rashid, Pengarah JBPM Negeri Putrajaya dan turut hadir Pegawai-pegawai Kanan Jabatan. Semoga dengan berbekalkan doa dan semangat yang diberikan oleh YS Pengarah serta semua warga JBPM Negeri Putrajaya, peserta PKK akan memberi yang terbaik buat JBPM Negeri Putrajaya. Semoga Berjaya!
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
>>>> Klik disini untuk melihat lebih banyak gambar <<<< |
Kemaskini pada 2016-10-11 09:09:37 daripada Admin Putrajaya