RABU, 13 JANUARI 2016

INFO/FOTO: PRO
Kemalangan jalanraya melibatkan sebuah kereta jenis perodua Viva telah bertembung dengan sebuah lori trailer. Kejadian berlaku di Jalan Serdang, Kampung Sungai Ular, Kulim , Kedah. Tindakan mengeluarkan mangsa yang tersepit pemandu kereta Viva berbangsa Cina telah dilakukan oleh anggota -anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hitech. Mangsa kemudiannya diserahkan kepada hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjutan.
Kemaskini pada 2016-02-13 21:41:34 daripada Admin Kedah