ISNIN - 11 JANUARI 2016

INFO/FOTO: PRO/ ZON 3
Operasi menyelamat seorang daripada tiga pendaki yg tercedera semasa mendaki Gunung Bintang , Sedim, Kulim , Kedah telah berjaya diselamatlkan dengan kekuatan seramai 16 orang Pegawai Bomba, 4 anggota polis, 4 orang dari JPAM dan 10 orang penduduk kampung. Pasukan Zon 3, dan Balai Bomba Penyelamat Kulim Hi Tech telah digerakkan sepanjang menjalankan operasi ini dan dibantu oleh Unit Udara Bomba, JBPM. Mangsa yang mengalami kekejangan otot diselamatkan dengan menggunakan Teknik Winching oleh helikopter JBPM MI-17.
Syabas di atas usaha dan kerjasama daripada semua pihak.
Kemaskini pada 2016-02-13 21:45:56 daripada Admin Kedah