KHAMIS, 2 Julai 2015 - Majlis Pelancaran Pemeriksaan Premis Sempena Musim Perayaan atau OPS Raya di adakan di Ruang Legar Tingkat 1, Alor Star Mall, Kedah. Majlis dimulakan seawal jam 10.30 pagi merupakan simbolik kepada masyarakat untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan keselamatan diri dan harta benda.
Majlis dirasmikan oleh Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kedah, PPjB Awang Hidzel Bin Awang Bujang. Acara diteruskan dengan penyerahan fail-fail premis pemeriksaan OPS Raya 2015 kepada ketua-ketua Zon JBPM Negeri Kedah. Majlis dimeriahkan dengan majlis penyampaian Sijil Perakuan Bomba kepada premis-premis yang ditetapkan. Majlis juga tidak ketinggalan menyampaikan Sijil Teman Pili Bomba kepada masyarakat yang sentiasa menyumbang dan membantu pihak bomba.
JBPM Negeri Kedah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.
Senarai Premis yang menerima Sijil Perakuan Bomba:
1. Aneka Retail (M) Sdn. Bhd GURUN
2. Souq Realty Sdn. Bhd.
3. Green Point Precision (M) Sdn. Bhd
4. Kedah Medical Center Sdn. Bhd.
5. Tesco Sungai Petani Selatan
6. Tandop Hotel Sdn. Bhd.
7. Harvard Hotel (Jerai) Sdn. Bhd.
8. Jitra Mall
9. Minebea Electronics Motor
10.Alor Star Mall
11.Tesco Alor setar
12. Tesco Stargate
13.Starcity Hotel Alor Setar
14.Thong Guan Trading
15. AEON Big
Senarai Penerima Sijil Teman Pili Bomba
1. Hasnizam Bin Hassan
2. Rashidi Bin Hamzah
3. Rashidan Bin Ismail
4. Rizzuan Bin Ahmad
5. Mohd Hafez Bin Md Tadjudin
6. Mohd Firdaus Bin Ahmad
7. Muhammad Shahrizal Bin Jaafar
8. Amer Bin Saad

INFO/GAMBAR: PRO DAN UNIT DOKUMENTASI
Kemaskini pada 2015-08-14 13:32:02 daripada Admin Kedah