CERAMAH AGAMA BERTAJUK PERISTIWA ISRA' DAN MIKRAJ
Pada 22 Mei 2015 (Jumaat) jam 9.30 pagi bertempat di Dewan Sutera, telah diadakan satu Ceramah Agama bertajuk Peristiwa Isra’ dan Mikraj yang disampaikan oleh YBhg. Ustaz Sheikh Mohamed Abdul Aziz Mahmoud Al Ghonim yang diterbangkan khas oleh Bank Islam dari Mesir ke Malaysia. Seorang graduan Universiti al-Azhar, Mesir dan merupakan anggota termuda Majlis Fatwa Mesir. Keistimewaan Ustaz Sheikh Mohamed Abdul Aziz Mahmoud Al Ghonim ini beliau berkebolehan berbahasa Melayu loghat Kelantan dengan fasih. Turut hadir dalam sesi ceramah yang dihadiri seramai lebih kurang 100 orang tersebut adalah YAS Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wira Hj Wan Mohd Nor Bin Hj Ibrahim, YS Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Dato’ Hj Amer Bin Hj. Yusof, YS PKP Bahagian Keselamatan Kebakaran, Dato’ Rusmani Bin Muhamad YS PKP Bahagian Pembangunan Dato’ Yusof Bin Sidek , YS Pengarah JBPM Putrajaya, PgKB 1 Md Hilman Bin Abd Rashid, pegawai-pegawai kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan kakitangan gunasama.
|
Kemaskini pada 2015-05-23 00:25:03 daripada Admin Putrajaya