SELASA, 7 April 2015 - Kemalangan jalanrayadi KM 53.9 Lebuhraya Plus Arah Utara, melibatkan sebuah lori tepung terbabas dan terbalik seterusnya melintangi jalanraya. Terdapat tiga orang mangsa yang terlibat. Dua orang mangsa telah dibawa oleh ambulans sementara itu, seorang lagi mangsa tersepit (pemandu). Tindakan mengeluarkan mangsa tersepit telah dilakukan dan mangsa tersebut dibawa oleh jentera EMRS Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar menuju ke Hospital Sultanah Bahiyyah, Alor Setar untuk menerima rawatan selanjutnya.

INFO/GAMBAR: UNIT SUMBER
Kemaskini pada 2015-05-14 01:05:57 daripada Admin Kedah