Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
    T
bg-new-2.png
green-blue-wallpaper-9.jpg
Blue-Background-Images.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
 

Majlis Makan Malam bersama Pegawai Bomba JBPM Negeri Sarawak

Kuching, 9 April 2021
 
YB Datuk Hajah Zuraida binti Kamarudin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia telah hadir ke Majlis Makan Malam bersama Pegawai Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak di Tabuan Jaya malam ini.
Dalam majlis tersebut beliau telah merasmikan logo Pasukan Mountain Cave Search and Rescue (MOCSAR) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Pasukan ini terdiri daripada 10 orang Pegawai Bomba Bantuan yang terdiri daripada penduduk di Mulu. Mereka telah diberikan latihan menyelamat dan telah dilantik oleh jabatan bagi membantu menjalankan operasi mencari dan menyelamat di Mulu. Logo ini turut akan digunapakai di seluruh Malaysia bagi pasukan yang sama.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah YAS Dato’ Sri Ts Mohammad Hamdan bin Hj Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YB Dato’ Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, YS PKPjB Khirudin bin Drahman, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak dan pegawai-pegawai kanan jabatan.
 



Kemaskini pada 2021-04-14 15:26:06 daripada Admin Sarawak

  •  
  • Print
  • Email this page

Dasar Privasi  |  Dasar Keselamatan  |  Penafian

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI SARAWAK, JALAN SETIA RAJA, TABUAN JAYA, 93350 KUCHING, SARAWAK
No. Tel : 082 - 365 994  |  No. Faks : 082 - 369 646  | E-mel : korporat-swk.bomba@1govuc.gov.my

Hari IniHari Ini970
Jumlah PelawatJumlah Pelawat4959673