Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
    T
bg-new-2.png
green-blue-wallpaper-9.jpg
Blue-Background-Images.jpg
Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
 

Majlis Ringkas Perhimpunan Bulanan Bulan Mac 2021 bertempat di Bilik Seminar

Kuching, 19 Mac 2021
 
YS PKPjB Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak hadir menyempurnakan Majlis Ringkas Perhimpunan Bulanan Bulan Mac 2021 bertempat di Bilik Seminar pagi ini.
Dalam ucapannya, beliau menyeru kepada semua pegawai dan anggota JBPM Negeri Sarawak untuk memastikan kesiapsiagaan kenderaan jabatan adalah berada dalam keadaan optimum bagi menghadiri operasi kebombaan dan penyelamat. Beliau juga berpesan agar semua pegawai dan anggota sentiasa berpegang kepada 6 etika JBPM.
Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan tool kits kepada wakil kejuruteraan kepada 3 orang anggota dari Zon 1 dan Zon 2 selain menyerahkan sijil lantikan sebagai pasukan unit Emergency Medical Rescue Services kepada 7 orang pegawai dan anggota daripada Ibu Pejabat dan Zon 1.
Turut dirasmikan adalah program 'FAT TO FIT' peringkat Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak.
Majlis tersebut turut disiarkan secara maya di semua zon dan balai JBPM Negeri Sarawak.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah PPjB Zainal bin Madasin, Timbalan Pengarah dan PgKB II Kurung anak Suwen, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak.
 

 




Kemaskini pada 2021-03-19 16:01:06 daripada Admin Sarawak

  •  
  • Print
  • Email this page

Dasar Privasi  |  Dasar Keselamatan  |  Penafian

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI SARAWAK, JALAN SETIA RAJA, TABUAN JAYA, 93350 KUCHING, SARAWAK
No. Tel : 082 - 365 994  |  No. Faks : 082 - 369 646  | E-mel : korporat-swk.bomba@1govuc.gov.my

Hari IniHari Ini863
Jumlah PelawatJumlah Pelawat4959566