Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
bg_bomba4_green.jpg
bg_bomba5_blue.jpg
bg_bomba7_red.jpg
bg_green11.jpg
Red-And-Orange-Wallpaper-7.jpg

Portal Rasmi
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman
 

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG TAHUN 2020

YS PPjB Md Salleh bin Sarbini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan, menyempurnakan, Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Tahun 2020, Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan pada Selasa(28 Julai 2020). Majlis tersebut dilakasanakan bersama pegawai jabatan di Dewan Utama JBPM Negeri Kelantan. Seawal majlis tersebut YS Pengarah bersama hadirin melafazkan ikrar Rukun Negara yang dipimpin oleh PgB Nurul Alfisyahrin bin Mhd Zaki, Ketua Zon Machang, serta mendengar perutusan YAS Ketua Pengarah melalui laman sosial jabatan. YS Pengarah turut menyampaikan Jalur Gemilang kepada Ketua Zon Kota Bharu, Ketua Zon Machang, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Bachok, Kota Darulnaim, Pasir Tumbuh. YS Pengarah turut melaksanakan gimik pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Kibar Jalur Gemilang kepada unit RIM dan jentera bomba. Hadir sama PgKB II Syobirin bin Abd. Kadir, Ketua Zon Kota Bharu, PgB Nurul Alfisyahrin bin Mhd Zaki, Ketua Zon Machang serta Ketua Balai dan anggota.

  

  

  

 




Kemaskini pada 2020-08-16 11:50:54 daripada Admin Kelantan

  •  
  • Print
  • Email this page