LAWATAN KESIAPSIAGAAN OPERASI KEBOMBAAN
24 Mei 2020 ( Ahad ), Satu Lawatan Kesiapsiagaan Operasi Kebombaan oleh YAS Dato Mohamad Hamdan Bin Hj Wahid bersama Pengurusan Tertinggi Jabatan ke JBPM Putrajaya dan BBP Putrajaya di hari pertama sambutan Raya Aidilfitri. YAS Dato Ketua Pengarah bersama Pengurusan Tertinggi Jabatan berbesar hati menyantuni dan beramah mesra bersama anggota bertugas dan seterusnya menyampaikan ucapan dan sumbangan hari raya. Sebagai simbolik ingatan sebuah Kad Ucapan Selamat Hari Raya ditandatangani sebagai kenangan bermakna kemeriahan Raya Aidilfitri kekal di hati dalam suasana kelaziman baru pada kali ini. JBPM Putrajaya merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kerana memilih JBPM Putrajaya sebagai destinasi Lawatan Kesiapsiagaan Operasi Kebombaan oleh YAS Dato dan Pengurusan Tertinggi Jabatan.
>>> Klik disini untuk melihat lebih banyak gambar <<<<
Kemaskini pada 2020-10-05 14:54:39 daripada Admin Putrajaya