Isnin, 24 November 2014 - Sebuah rumah di Kampung Padang Tok Sedau, Pendang ditenggelami air pada paras dada. Panggilan diterima oleh pihak bomba pada jam 8.22 pagi. BBP Jalan Raja diketuai oleh PKPgB Mohd Yusri Bin Yusoff menyelamatkan 4 orang mangsa yang terperangkap di dalam rumah tersebut. Ke semua mangsa telah diselamatkan oleh pasukan bomba dengan menggunakan bot dan mangsa diserahkan kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) Pendang untuk penempatan sementara.

SUMBER/FOTO: UNIT PGO, PRO DAN ICT KEDAH

SUMBER/FOTO: UNIT PGO, PRO DAN ICT KEDAH
Kemaskini pada 2014-11-24 16:57:18 daripada Admin Kedah