MAJLIS HORMAT PENGARAH
24 Februari 2020 ( Isnin ) - bertempat di Dewan Sutera JBPM Putrajaya telah diadakan Majlis Hormat Pengarah. Majlis telah disempurnakan oleh YS PgKB I Hafizal Bin Mohd Razali Pengarah, JBPM Putrajaya.Turut hadir PgKB II Sukur Bin Hatta (Timbalan Pengarah JBPM Negeri Putrajaya), Ketua- ketua Bahagian, Pegawai-pegawai kanan jabatan, Ketua Balai dan seluruh warga kerja JBPM Putrajaya. Di dalam majlis ini YS Pengarah telah menyampaikan ucapan amanat YAS Ketua Pengarah JBPM serta matlamat beliau selaku Pengarah JBPM Putrajaya dan mengajak semua pegawai dan anggota bersama-sama bekerjasama dalam membantu beliau menerajui JBPM Putrajaya ke arah sebuah organisasi cemerlang.
Terima kasih kepada semua Jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
>>>> Klik disini untuk melihat lebih banyak gambar <<<<
Kemaskini pada 2020-02-25 16:33:55 daripada Admin Putrajaya