11 Februari 2020 (Selasa) - Majlis Perbarisan Tahunan Tahun 2020 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah telah diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam. Majlis ini disempurnakan oleh YS PKPjB Sayani binti Haji Saidon, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah.
Turut hadir PPjB Syufa'at bin Kamaron, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah, ketua-ketua agensi di sekitar Bukit Kayu Hitam, Pegawai-pegawai Kanan Jabatan dan tetamu-tetamu jemputan.
Selain dari menyampaikan amanat dan perutusan YAS Ketua Pengarah, YS Pengarah juga turut memakaikan tanda pangkat kepada Pegawai Bomba Kanan II (KUP), menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Unsung Hero, Pengamal Media, Pertandingan Balai Cemerlang, Pegawai Penyiasatan Terbaik Kategori Bahagian dan Zon, Sijil Penyertaan kepada Teman Pili Bomba dan Sijil Perakuan Bomba kepada premis-premis yang ditetapkan.
Turut diadakan pertunjukan kebombaan yang mempamerkan teknik penyelamatan di tempat tinggi oleh Pegawai Bomba Wanita JBPM Negeri Kedah dan Pelancaran Kapsul Video Keselamatan Kebakaran. @ Balai Bomba Bukit Kayu Hitam
Kemaskini pada 2020-02-12 16:31:40 daripada Admin Kedah