Khamis, 19.12.2019 >> Majlis Perasmian Pecah Tanah bagi pembinaan Balai Bomba Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Machap Baru, Alor Gajah Melaka oleh YB Datuk Tey Kok Kiew EXCO Perumahan Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Melaka serta Pelantikan YB Datuk Tey sebagai Penaung Pasukan Bomba Sukarela JBPM Negeri Melaka dan YB Ginie sebagai Penaung Pasukan Bomba Sukarela Machap Baru. Di dalam majlis berkenaan, turut disampaikan PPE PBS kepada kedua2 exco sebagai penghargaan. Bangunan sementara Balai PBS Machap Baru telah terlibat dalam kebakaran pada 4 Januari 2019 dan hasil usaha JBPM Negeri, balai baru akan bakal dibina semula di kawasan berdekatan secara gotong royong oleh pegawai2 JBPM Negeri Melaka
Kemaskini pada 2019-12-24 09:46:00 daripada Admin Melaka