MAJLIS PERASMIAN KEMPEN KESELAMATAN KEBAKARAN DAN PELANCARAN PROGRAM SURI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI KEDAH
_____________________
TARIKH : 28 SEPTEMBER 2019 I 28 MUHARRAM 1441H (SABTU)
TEMPAT : PADANG TAMAN KOTA NELAYAN, KUALA KEDAH
_____________________
Majlis Perasmian Kempen Keselamatan Kebakaran dan Pelancaran Program Suri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, telah berlangsung di Padang Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah, di sini, hari ini oleh YB Sr Tan Kok Yew, Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan.
Turut bersama YB. En Mohd Asmirul Anuar Bin Aris Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni & Budaya ,Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan.
Hadir sama YS Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (PKPjB) Sayani binti Haji Saidon, Pengarah JBPM Negeri Kedah.
Turut bersama Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Syufa'at bin Kamaron, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kedah, Penolong Pengarah Bahagian, Ketua Zon, Ketua Balai dan Pegawai Kanan Jabatan.
Sementara itu, tujuan kempen itu diadakan adalah untuk memberi pendidikan kepada umum bagi mengurangkan dan mencegah kebakaran berlaku.
Penubuhan Pasukan Bomba Sukarela (PBS), Pasukan Kadet Bomba, Kelab 3K (Kelab Keselamatan Kebakaran Kanak-Kanak) dan Celik Suri adalah langkah yang dilaksanakan jabatan dalam usaha pembudayaan aspek keselamatan di kalangan Masyarakat.
Antara usaha lain yang dilakukan adalah memberi nasihat kepada orang ramai melalui Bahagian Keselamatan Kebakaran dengan memberi penerangan melalui ceramah, latihan, dan risiko kebakaran, penyelenggaraan bangunan yang teratur dan sempurna serta pemandangan jeriji tingkap dan pintu yang teratur.
#Segalanya Tentang U! Jom tweet aktiviti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah | FB: bombakedah | IG: BOMBA_KEDAH |
#Kedah
#KedahSerataRata
#KedahAmanMakmur
#BombaKedah
Kemaskini pada 2019-11-19 12:52:27 daripada Admin Kedah