MAJLIS KEMPEN KESELAMATAN AKTIVITI DI AIR 2019
________________________
TARIKH : 10 NOVEMBER 2019 I 13 RABIULAWAL 1441 (AHAD)
TEMPAT : DATARAN CHENANG, LANGKAWI
________________________
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Keselamatan Aktiviti Di Air 2019 di Pantai Chenang, Langkawi.
Turut hadir ialah YB Tan Kok Yew, Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Ketajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Kedah, YBhg. Datuk Dr. Mary Wong Lai Lin, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YAS Dato' Hj. Amer bin Hj. Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YS PKPjB Sayani binti Haji Saidon, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, Pengarah-pengarah Bahagian Persekutuan dan Negeri, Pemimpin-pemimpin dan masyarakat setempat.
Demonstrasi penyelamatan di air juga diadakan bagi menunjukkan kepada umum tentang teknik-teknik penyelamatan bagi kes menyelamat di air dan juga cara menggunakan peralatan Life-Saving Appliances (LISA.).
Selain itu, pelbagai pertandingan turut diadakan seperti Pertandingan Memadam Kebakaran SURI, Pertandingan Fire Fighters Challenge Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) dan Bomba Komuniti serta Pertandingan Mewarna Kanak-kanak.
Majlis tersebut turut berlangsung secara serentak di beberapa lokasi lain seperti di Pantai Awam Desaru, Bandar Penawar dan Teluk Cempedak, Kuantan.
Kempen ini bertujuan untuk mendedahkan pendidikan asas keselamatan dan kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya aktiviti air di tempat yang sering dikunjungi oleh orang ramai.
Pihak Bomba turut memberi tips berkaitan langkah keselamatan dalam usaha mengurangkan kes kemalangan air yang berlaku di kawasan rekreasi air.
Berdasarkan data diperoleh KPKT, sejak Januari hingga September 2019 sebanyak 171 jumlah kes kematian akibat lemas di Malaysia.
Pemasangan papan tanda amaran keselamatan turut dibuat pada hari ini di kawasan rekreasi, bertujuan memberi makluman kepada pengunjung, pelancong dan masyarakat tentang bahaya dan risiko di badan air serta tindakan yang perlu diambil.
Pelbagai aktiviti lain telah dilakukan antaranya pameran keselamatan, pameran program bebas asap rokok, pameran kebombaan dan lain-lain lagi. #kpkt #bomba
Jangan lupa follow Instagram : BOMBA_KEDAH ; https://www.instagram.com/bomba_kedah
FACEBOOK : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah ; https://twitter.com/Bomba_Kedah
Kemaskini pada 2019-11-19 12:17:11 daripada Admin Kedah