24 Oktober 2019 , Khamis >> Jabatan telah mengadakan Perhimpunan Bulananan (Bulan Oktober) dan meraikan persaraan pegawai dan kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka tahun 2019 di Dewan Taming Sari Ibu Pejabat . Majlis dihadiri oleh para pegawai kanan, anggota balai dan turut hadir adalah para pesara yang diraikan. YS Pengarah JBPM Negeri Melaka PPjB Mohamad Zin Bin Salleh turut hadir menyempurnakan majlis. Antara pengisian majlis kali ini ialah pemakaian tanda pangkat kepada Pegawai Bomba Kanan II. Tahniah diucapkan.
Kemaskini pada 2019-10-31 15:22:34 daripada Admin Melaka