MERU RAYA, 17 OKT 2019 - JBPM Negeri Perak telah diberikan penghormatan untuk menjadi tuan rumah Mesyuarat Komandan dan Penolong Pengarah Bahagian Latihan Bil.3/2019. Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh YAS Dato' Mohammad Hamdan bin Hj Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Beliau telah diiringi oleh Tuan Abdul Razak bin Muda, Pengarah Bahagian Latihan dan Tuan Azmi bin Osman, Pengarah JBPM Negeri Perak.
Semoga amanat yang disampaikan oleh YAS Ketua Pengarah sebentar tadi dapat direalisasikan oleh semua komandan dan pen pengarah bahagian di negeri-negeri.
Kemaskini pada 2019-10-18 10:48:44 daripada Admin Perak