MERU RAYA, 9 Oktober 2019 : Majlis Penutup Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan Pertandingan Inovasi Peringkat Negeri Perak 2019 telah berlangsung di Ibu Pejabat JBPM Negeri Perak bermula 8 hingga 9 Oktober 2019. Majlis disempurnakan oleh YS PKPjB Azmi bin Osman, Pengarah JBPM Negeri Perak dan turut dihadiri oleh Penolong- Penolong Pengarah Bahagian, Ketua Zon, Ketua- Ketua Balai dan Anggota JBPM Negeri Perak.
Dalam Pertandingan KIK , Kumpulan Meru dari BBP Meru Raya telah menjadi Johan kategori Primer dan bagi Pertandingan kategori Hybrid telah dimenangi oleh Kumpulan Storm dari BBP Ipoh. Bagi Pertandingan Inovasi, Johan telah dimenangi oleh Kumpulan Snail dari BBP Sungai Siput.
Kemaskini pada 2019-10-10 09:28:52 daripada Admin Perak