KUALA TERENGGANU, 5 Oktober 2019 - Skuad Bolasepak The Bos Gaurus, JBPM Perak telah berjaya merangkul Piala YAS Ketua Pengarah 2019 setelah menewaskan skuad Sabah dengan jaringan 3 - 1 di dalam pertandingan akhir Karnival Bolasepak Piala YAS Ketua Pengarah JBPM di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini yang bermula pada 1 hingga 5 Oktober 2019 yang lalu.
Gol-gol JBPM Perak telah dijaringkan oleh Muhammad Syawal Bin Saupi (1 gol) dan Mohd Asruldin Bin Che Kob (2 gol). Selain dari Piala Pusingan, Skuad The Bos Gaurus JBPM Perak turut membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.00. Piala rebutan dan hadiah kemenangan telah disampaikan sendiri oleh YAS Ketua Pengarah, Dato' Mohammad Hamdan Bin Hj.Wahid kepada para pemenang.
SYABAS diucapkan kepada Team Perak!
Kemaskini pada 2019-10-08 15:33:59 daripada Admin Perak