TAPAH 2 Oktober 2019 : Satu majlis meraikan persaraan PgB Jaafar Sidek Bin Ali telah diadakan di Pejabat Zon 3 Perak (Tapah) di sini. Beliau yang telah memulakan perkhidmatan di JBPM bermula pada 2 Mei 1980 akan bersara wajib 60 tahun pada 3 Oktober 2019. Majlis ini turut diraikan oleh Timbalan Pengarah JBPM Perak, PPjB Mohd Zaki Bin Omar dan Penolong Pengarah Bahagian Latihan Negeri (PPL), PgKB II Sabarodzi Bin Haji Nor Ahmad.
Selamat Bersara diucapkan kepada Tuan Jaafar Sidek Bin Ali. Jasa dan pengorbanan Tuan dalam bersama memajukan jabatan tidak akan dilupakan Semoga Tuan Jaafar Sidek Ali sekeluarga diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan dari-Nya.
Kemaskini pada 2019-10-08 09:39:22 daripada Admin Perak