LAWATAN KERJA RASMI DAN GENERAL KIT INSPECTION BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT TIKAM BATU
_______________
TARIKH : 24 SEPTEMBER 2019 I 24 MUHARRAM 1441H (SELASA)
TEMPAT : BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT TIKAM BATU
_______________
Lawatan Kerja Rasmi serta sesi "General Kit Inspection" oleh YS PKPjB Sayani binti Haji Saidon, Pengarah JBPM Negeri Kedah bersama-sama Penolong-penolong Pengarah Bahagian, dan Pegawai Kanan Jabatan.
Turut hadir PgKB II Mohd Mazukhi bin Shaffie Ketua Zon 2 (Sungai Petani) bersama-sama PPgB Muhamad Syukri bin Hashim Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu, menghadiri majlis ini yang bertempat di perkarangan BBP Tikam Batu.
Di antara aktiviti yang terlibat adalah pemeriksaan perbarisan anggota bomba dari BBP Tikam Batu, pemeriksaan Personal Protective Equipment (PPE) dan pemeriksaan peralatan.
Majlis diakhiri dengan ucapan daripada Pengarah JBPM Negeri Kedah dan diteruskan dengan sesi dialog bersama Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu.
Jangan lupa follow Instagram : BOMBA_KEDAH ; https://www.instagram.com/bomba_kedah