MERU PERDANA, 23 September 2019 – Majlis lafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak dan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara telah diadakan pada petang ini di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat JBPM Negeri Perak.
Seramai 250 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak dan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara telah melafazkan ikrar dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai oleh YS PKPjB Azmi bin Osman, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak dan Juga PgKB I Mohd Rizal bin Buang, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara dan disaksikan oleh Puan Fatimah binti Hamid, dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Perak.
Turut di selitkan Penyerahan Replika Kunci Kenderaan 4X4 Pick Up dan Motosikal RIM JBPM Negeri Perak oleh YS Pengarah kepada balai- balai.
Kemaskini pada 2019-09-24 08:12:21 daripada Admin Perak