2 Disember 2013 - Satu majlis kesyukuranl dan tahlil telah di adakan di Dewan Cemerlang JBPM Negeri Selangor. Majlis telah dipimpin oleh PPgB Hj Rani Bin Mat Hanafiah. Turut hadir mengimarahkan majlis adalah YS Pengarah JBPM Negeri Selangor, PKPjB Othman Bin Abdullah, Timbalan Pengarah PPjB Mohd Puzi Bin Mohd Tabot, Penolong-Penolong Pengarah Bahagian, Ketua-Ketua Zon, Ketua-Ketua Balai, Pegawai-Pegawai kanan jabatan dan anggota. Majlis kesyukuran ini bertujuan adalah meraikan kejayaan berganda yang dicapai oleh JBPM Negeri Selangor sepanjang tahun 2013. Selain itu turut diselitkan majlis tahlil untuk Arwah - Arwah anggota yang telah pergi meninggalkan kita.. Al-Fatihah..
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2017-06-30 16:41:25 daripada Vox Admin