4 Disember 2013 - Program Santai Bersama YS Pengarah JBPM Negeri Selangor kali ini diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang. Seperti biasa YS PKPjB Othman Bin Abdullah, Pengarah JBPM Negeri Selangor akan memulakan program dengan menyediakan hidangan masakan yang dimasak oleh beliau sendiri.
Turut hadir PPjB Mohd Puzi Bin Mohd Tabot, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Selangor, Pegawai Kanan Jabatan, Ketua Zon, Ketua Balai serta Pegawai dan Anggota BBP Batu Arang.
Program Santai ini diakhiri dengan ramah mesra antara Pegawai Kanan bersama Anggota BBP Batu Arang. Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan anggota dengan pegawai.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2017-06-30 16:40:43 daripada Vox Admin