26 Februari 2014 - Bertempat di Amverton Cove Golf & Island Resort, Pulau Carey, Klang telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2013 JBPM Negeri Selangor yang disempurnakan oleh YS PKPjB Othman bin Abdullah, Pengarah JBPM Negeri Selangor. Selain penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 124 orang penerimanya, YS Pengarah turut menyampaikan Sijil Penghargaan kepada 11 orang Pegawai-pegawai Bersara. Turut menghadiri majlis ialah Timbalan Pengarah PPjB Mohd Puzi bin Mohd Tabot, Penolong-penolong Pengarah Bahagian, Ketua-ketua Zon dan Ketua Balai. Kepada Pegawai-pegawai Bersara diucapkan selamat bersara dan dikurniakan kesihatan yang baik. Jasa dan pengorbanan kalian sentiasa diingati. Kepada penerima APC, sekalung tahniah diucapkan dan diharapkan anugerah kejayaan hari ini bukan sahaja menjadi suntikan semangat kepada anda sendiri, malah kepada semua warga JBPM Negeri Selangor untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dan cemerlang.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2017-06-30 16:13:43 daripada Vox Admin