tanah runtuh

ENAM (6) TERPERANGKAP DALAM KEJADIAN TANAH RUNTUH DI BUKIT MAKRO, MARAN

MARAN, 12.7.2023: JBPM Negeri Pahang menerima panggilan kecemasan pada jam 9.27 pagi ini berhubung kejadian pendaki terperangkap di Bukit Makro, Maran, Pahang.
 
Anggota Bomba daripada BBP Maran seramai 6 orang termasuk Ketua Balai telah bergegas ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera sebaik menerima panggilan tersebut.
 
Menurut Ketua Balai, BBP maran, PPgB Shamsul Affendy bin Sulaiman, berlaku kejadian tanah runtuh di Bukit Makro, Maran sepanjang 500 meter dari jalan utama.
 
Lima (5) orang mangsa iaitu dua (2) orang lelaki dewasa dan tiga (3) orang wanita dewasa yang sedang melakukan aktiviti pendakian di situ serta seorang pengawal keselamatan pencawang, lelaki dewasa telah terperangkap di kawasan atas runtuhan tanah tersebut.
 
Pasukan Bomba bersama beberapa agensi lain telah melakukan pendakian di bukit tersebut bagi membawa turun semua mangsa yang terperangkap untuk di bawa ke kawasan yang selamat.
 
Pihak Majlis Daerah Maran dan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) turut memberikan bantuan bagi kerja-kerja mengalihkan sisa-sisa runtuhan tanah dengan menggunakan jentera JCB dan memberikan laluan kepada pasukan Bomba untuk naik ke lokasi kejadian. Kesemua enam (6) orang mangsa dilaporkan terselamat.
English EN Malay MS
Skip to content