Dua kawasan PKPK di Kuantan selesai disanitasi View Announcement in New Tab

KUANTAN – Dua kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuantan sudah selesai disanitasi pada petang Sabtu.

Pegawai Penguasa Bomba (I) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kawasan terlibat ialah Taman Tanah Putih Baru dan Perumahan Kemunting.

"Tujuan sanitasi di kawasan PKPD adalah sebagai usaha mengekang penularan pandemik Covid-19 selepas diminta oleh Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin.

"Kita laksanakan operasi ini secara menyeluruh melibatkan kawasan taman, perumahan dan masjid," katanya selepas selesai sanitasi di kawasan PKPD Perumahan Kemunting pada Sabtu.

Tambah beliau, operasi sanitasi awam secara bersasar itu dilakukan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Alam Flora, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp), Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan Pejabat Penerangan Daerah Kuantan.

"Ini adalah sanitasi kali pertama dilaksanakan untuk PKP 3.0," katanya.

KREDIT SUMBER : SINAR HARIAN ONLINE
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/139910/BERITA/Semasa/Dua-kawasan-PKPD-di-Kuantan-selesai-disanitasi
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Published on 2021-05-24 14:30:02 Posted By Administrator