Pasangan warga emas terperangkap banjir diselamatkan View Announcement in New Tab

JOHOR BAHRU, 18 April: Pasangan suami isteri warga emas yang terperangkap akibat banjir kilat yang melanda Kampung Laut Batu 9 1/2 Skudai, dekat sini petang semalam, berjaya diselamatkan pihak bomba, malam tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai Mohd Riduan Akhyar berkata warga emas masing-masing berumur 80 dan 70 tahun itu diselamatkan dari rumah mereka yang digenangi air, ekoran hujan berterusan sejak tengah hari semalam.
 
Published on 2021-04-23 12:06:32 Posted By Administrator