Empat buah kereta terbakar dijilat api View Announcement in New Tab

BAYAN BARU: Empat buah kereta dengan dua daripadanya hangus terbakar dalam kejadian kebakaran di Taman Perumahan Halaman Mayang 5, Taman Bukit Gedung, Bayan Baru awal pagi Ahad.
Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.10 pagi berhubung kejadian tersebut.
 
Sepasukan anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.
''Sebaik tiba, pihak bomba mendapati api sedang marak dan telah memusnahkan keseluruhan dua buah kereta, manakala dua buah kereta lagi terbakar kira- kira 30 peratus.
Hasil siasatan awal pihak bomba tidak menolak kemungkinan kebakaran berpunca daripada aktiviti pembakaran sampah berhampiran lokasi kejadian.
"Setakat ini, kita melihat api mungkin merebak daripada aktiviti pembakaran sampah berhampiran kawasan itu, namun punca serta kerugian sebenar masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Published on 2021-04-23 12:00:51 Posted By Administrator