OPS Tanah Runtuh Banjaran Hot Spring View Announcement in New Tab

INFOGRAFIK OPS TANAH RUNTUH BANJARAN HOT SPRING, TAMBUN DI TAMBUN, PERAK


Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh dimana melibatkan dua mangsa ditemui oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak kira-kira jam 9.55 pagi hasil bantuan Unit K9 dalam usaha mengenalpasti lokasi mangsa tertimbus.
Mayat dua mangsa yang tertimbus ditemukan dengan jarak yang berdekatan dan kedalaman hampir 4 kaki tanah yang berpunca gelonsoran tanah dari kejadian tanah runtuh tersebut. 
Pihak JBPM telah menerima panggilan kejadian pada 1.28 pagi selepas kakitangan resort gagal untuk menghubungi mangsa ketika bencana tanah runtuh tersebut berlaku. Gelongsoran tanah tersebut dipercayai terjadi kira-kira jam 0110 pagi.
Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Perak telah mengaturgerak  Pasukan Khas BOMBA STORM JBPM PERAK, dan menghubungi Unit Pengesan BOMBA K9 bagi membantu usaha pencarian setelah Pasukan Keluaran Operasi BBP Ipoh tiba dilokasi kejadian.
Semasa operasi dijalankan, beberapa susulan pergerakkan tanah masih berlaku yang menghadkan usaha pencarian berikutan faktor keselamatan kepada pasukan penyelamat. 
Turut hadir ke lokasi kejadian Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak, Pemangku Ketua Polis Perak, Pengarah JBPM Negeri Perak serta beberapa agensi yang lain.

Kredit sumber : FB Rasmi JBPM

Published on 2020-11-17 11:20:29 Posted By Administrator