Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun dan ke atas pada Tarikh iklan ditutup dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut :-
1. Jawatan :
Pegawai Bomba Bantuan (PBB)
2. Nama Balai :
2.1 Balai Bomba Dan Penyelamat Merotai (Balai Baru)
2.2 Balai Bomba Dan Penyelamat Nabawan (Balai Baru)
2.3 Balai Bomba Dan Penyelamat Pitas (Balai Baru)
3. Elaun :
Elaun Pegawai Bomba Bantuan
- Elaun Bertugas RM8.00/jam
- Elaun Bounty
- Elaun Penyelenggaraan Pakaian
4. Syarat Lantikan :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memikili kelayakan seperti berikut :-
- Warganegara Malaysia;
- Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana angkatan atau skim sukarela yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang betulis;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan dan tidak melebihi 35 tahun ;
- Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) atau kelayakan tertentu yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) atau Ketua Pengarah;
- Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :-
- Tinggi sekurang-kurangnya 157cm bagi lelaki dan 153cm bagi wanita tanpa bersepatu;
- Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- Mempunyai penglihatan yang baik;
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar;
- Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa;
5. Notis Kebenaran daripada Majikan :
Bagi calon yang bekerja, dapatkan kelulusan daripada majikan dengan mengisi Notis Kebenaran daripada Majikan untuk Menyertai Pegawai Bomba Bantuan – Borang PBB 4 yang boleh didapati di laman web Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia www.bomba.gov.my.
6. Cara Memohon :
Permohonan hendaklah menggunakan Borang PBB 3 yang boleh didapati dari Balai Bomba dan Penyelamat berdekatan dan di dalam laman web Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia www.bomba.gov.my.
Semua pemohon wajib melengkapkan Borang PBB 3 dan disertakan dokumen yang disahkan berikut:
- Satu (1) keping gambar terbaru berukuran pasport,
- Salinan Sijil Kelahiran dan Salinan Kad Pengenalan
- Salinan sijil PMR / PT3 dan SPM
- Dokumen-dokumen / sijil-sijil kemahiran, Kecemerlangan atau sukan yang berkaitan.
7. Alamat Permohonan dan tarikh tutup :
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada :-
Balai Bomba Dan Penyelamat Daerah terdekat atau ;
Hantar / Pos ke ;
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah
Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat
Jalan Lintas
88990 Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh tutup permohonan :
19 Mei 2023 (05:00 PM)
Borang Permohonan (PBB 3) | Borang PBB 4 ( Notis Kebenaran Majikan)