
9 September 2025 Pemeriksaan menghapuskan bahaya kebakaran (MBK) di pusat hiburan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dan Daerah Penampang dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Majlis Daerah Penampang.
Pemeriksaan premis hiburan julung kalinya diadakan secara bersepadu ini diketuai sendiri oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah, PKPjB Mohd Pisar bin Aziz bersama Tuan Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) wakil Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
Seramai 20 Orang Pegawai daripada JBPM Sabah, 14 Pegawai daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan 10 pegawai daripada Majlis Daerah Penampang dengan jumlah keseluruhan 44 Pegawai terlibat dalam operasi ini. Program ini turut dilaksanakan di Zon bermula hari ini mengikut jadual yang telah dirancang.




