06 Oktober 2022 ( Khamis )
JBPM Putrajaya – Latihamal “Disaster Management Exercise (D-MEX)” telah dilaksanakan di Padang Kawad, BBP Putrajaya dengan penglibatan Pegawai di Bahagian, BBP Presint 7 dan BBP Presint 14.
Latihamal D-MEX ini dijalankan bertujuan untuk menguji Pengurusan Organisasi ICS semasa sesuatu bencana terjadi serta menguji kesiapsagaan anggota dalam menghadapi sebarang bencana yang kompleks.
Latihamal D-MEX ini juga adalah untuk melihat mobilisasi aset dan tenaga manusia semasa keadaan bencana di tempat kejadian.
Aspek-aspek penyelamatan serta pemadaman juga turut diuji bagi memastikan pengurusan operasi mengikut prosidur-prosidur yang telah ditetapkan oleh Jabatan.

YS Pengarah turut sama hadir untuk menyaksikan Latihamal DMEX. 
Anggota bomba melapor diri kepada insiden komandan. 
Anggota bomba sedang menyediakan peralatan untuk menyelamatkan mangsa yang tertimbus di tebing tinggi. 
Anggota bomba sedang menyelamatkan mangsa yang tertimbus di dalam tanah. 
Mangsa dibawa menggunakan ‘stretcher’. 
Anggota bomba menurunkan mangsa dari tebing tinggi menggunakan tali. 
Mangsa yang selamat diturunkan diserahkan kepada Pasukan Perubatan (EMRS). 
Anggota bomba sedang melakukan operasi mencari mangsa yang tertimbus akibat tanah runtuh. 
Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa yang tertimbus. 
Mangsa berjaya dikeluarkan dan akan diserahkan kepada Pasukan Perubatan (EMRS). 
Anggota bomba sedang menurunkan peralatan untuk kerja-kerja menyelamatkan mangsa yang tersepit akibat kemalangan jalan raya. 
Anggota bomba sedang menggunakan stepfast untuk melakukan kerja-kerja penstabilan kenderaan. 
Anggota bomba sedang melakukan kerja-kerja penstabilan kenderaan. 
Anggota bomba sedang menggunakan Teknik Roof Remover di mana kerja-kerja memotong ‘Post’ sedang dilakukan oleh anggota bomba untuk menyelamatkan mangsa. 
Mangsa berjaya dikeluarkan dari kenderaan tersebut. 
Mangsa kemalangan diserahkan kepada Pasukan Perubatan (EMRS). 
Anggota bomba sedang menyelamatkan mangsa kemalangan dengan menggunakan ‘airbag’. 
Mangsa kemalangan berjaya dikeluarkan dari kereta yang terbalik dan akan dihantar kepada Pasukan Perubatan (EMRS). 
Situasi menunjukkan orang awam yang menganggu tugas-tugas bomba. 
Anggota bomba sedang menaiki tangga untuk tujuan pemadaman api. 
Anggota bomba hendak menurunkan mangsa menggunakan ‘TurnTable Ladder’ (TTL). 
Petugas-petugas yang sedang merekodkan maklumat di Pusat Kawalan Bomba (PKB). 
Anggota-anggota bomba bergambar bersama YS Pengarah JBPM Putrajaya setelah selesai Latihamal DMEX.
