LATIHAN KEBAKARAN (FIREDRILL) – SMK BINGKOR, KENINGAU

latihan2

Pada 8 Oktober 2025 (Rabu), Balai Bomba dan Penyelamat Keningau telah melaksanakan satu latihan kebakaran di SMK Bingkor, Keningau.

Latihan ini melibatkan seramai 10 anggota bersama 3 buah jentera (FRT, EMRS dan VIGO), diketuai oleh PBK II Emanuel.

Simulasi kebakaran dimulakan tepat jam 9.26 pagi dan terkawal dalam tempoh kurang 15 minit. Operasi melibatkan 1 aliran dengan 2 pancutan sepanjang 200 kaki, menggunakan bekalan air dari jentera.

Pasukan operasi turut menjalankan ceramah keselamatan serta demonstrasi penggunaan alat pemadam api dan keselamatan gas LPG kepada warga sekolah.

Latihan ini bertujuan meningkatkan kesiapsiagaan dan kesedaran keselamatan kebakaran dalam kalangan pelajar dan kakitangan sekolah.

latihan5
latihan4
l
latihan
latihan3

en_USEnglish