YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini menyertai pasukan udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menghantar bantuan dan menyantuni penduduk sekitar Bandar Sri Ehsan, Kuala Langat.
Kira-kira 2,500 orang penduduk pada ketika ini terputus hubungan termasuk bekalan elektrik disebabkan kejadian banjir sejak tiga hari lalu. Sehubungan itu, YB Menteri KPKT telah menyerahkan bekalan makanan serta peralatan survival kit kepada mangsa.
Orang ramai dinasihatkan untuk menghubungi talian kecemasan Nasional Disaster Command Centre (NDCC) di 03-8064 2400 sekiranya memerlukan bantuan kecemasan dan juga balai-balai bomba berdekatan.
#KPKTPrihatin #PasukanKPKT #BekerjaBersamaRakyat #KeluargaMalaysia