08.01.2024, Selasa – Balai Bomba Dan Penyelamat Al-Muktafi Billah Shah telah menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya di alamat hadapan Penjara Bukit Besi.Komander Operasi, PBK II Nor Hazri bin Mohd Nor melaporkan kemalangan melibatkan sebuah Toyota Hilux telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Terdapat satu mangsa lelaki dewasa tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba namun disahkan meninggal dunia. Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
#sediamenyelamat#BombaTheBest#MalaysiaMadani#jbpmnegeriterengganu
D 1 1 D 2 1