4 Disember 2024, Rabu – Bertempat di perkarangan Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Terengganu telah diadakan Majlis Perbarisan Kehormat YS Pengarah PPjB Nor Mahathir bin Muhamad, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu yang baharu.
Ketibaan YS Pengarah disambut oleh semua kakitangan Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Terengganu dan seterusnya solat hajat di ruang Pejabat Pengarah, sebelum hadir untuk pemeriksaan Perbarisan Kehormat. Turut hadir pada Majlis ini, Penolong-penolong Pengarah Bahagian, Ketua Zon dan Ketua Balai serta Kakitangan Jabatan.
#Seeratserasasehatisejiwa#sediamenyelamat#MalaysiaMadani#jbpmnegeriterengganu














