09.01.2024, Selasa – Balai Bomba Dan Penyelamat Cheneh telah menerima panggilan kecemasan kebakaran lori dialamat Jalan Jerangau Jabor, Cheneh.Komander Operasi, PBK II Che Ahmad Taqiyuddin bin Che Yaacob melaporkan kebakaran melibatkan sebuah lori jenis Volvo membawa muatan besi buruk terbakar 30% dibahagian tayar belakang. Seorang pemandu lelaki dewasa dilaporkan selamat.