Pengetahuan dan kesedaran mengenai mencegah kebakaran dikalangan masyarakat terus dipertingkatkan oleh JBPM Terengganu. Dianjurkan oleh Cawangan Kesedaran Awam, Bahagian Keselamatan Kebakaran telah mengadakan Kempen Keselamatan Kebakaran Ramadhan di Bazar Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu petang tadi. Pendidikan mengenai kebakaran di dapur telah didedahkan kepada pengunjung disamping mengedarkan risalah dan peralatan keselamatan kebakaran. Kempen ini turut dihadiri oleh Penolong-penolong Pengarah Bahagian, Pegawai BKK, Ketua Balai BBP Jalan Kota dan anggota balai.#BombaTerengganu#RamadanMubarak
4343