BUKIT JELUTONG, 8 Februari – Bertempat di Performer Art Theatre, Ground Floor, Management & Science University (MSU) Shah Alam telah diadakan dua sesi bagi Taklimat E-Filing dan Potongan Cukai Berjadual (PCB) beserta libat urus JBPM Negeri Selangor.
Turut hadir PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor bersama PPjB Nor Arifin bin Kamari, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Selangor.
Taklimat di sesi satu terlibat Pengurusan Tertinggi JBPM Negeri Selangor , Ketua Zon serta Ketua Unit dan Cawangan yang disampaikan oleh Tuan Mohd Fairuz bin Mhd Omar, Ketua Penolong Pengarah, (Bahagian Khidmat Pelanggan) bersama Tuan Mohd Azlan bin Mohd Razali, Ketua Penolong Pengarah, (Bahagian Pungutan) LHDNM, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Negeri Selangor.