Ahad, 11 Disember 2022 – Setinggi-tinggi Tahniah di ucapkan kepada Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Selangor – Y.S. Dato’ PKPjB Haji Norazam Bin Khamis, yang mendahului 10 penerima bagi Darjah Kebesaran Dato’ Sultan Sharafuddin Idris Shah D.S.I.S yang membawa gelaran Dato Sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ke -77 pada Majlis Penganugerahan/Pengurniaan Darjah & Bintang Kebesaran 2022 diadakan di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang, Selangor Darul Ehsan pagi ini.
Sejarah tercipta bagi Warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kerana menerima darjah kebesaran dari DYMM Sultan Selangor. Junjung Kasih Tuanku kerana menghargai jasa BOMBA. Jabatan akan terus berjuang untuk rakyat Selangor.
Tahniah diatas penganugerahan ini.