WhatsApp Image 2023 03 16 at 11.14.58 1

SESI LIBAT URUS JBPM BERSAMA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)

Khamis, 02 Mac 2023 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi Permohonan kelulusan Bayaran Lebih Masa dan Kenaikan Kadar Bayaran Insetif Bomba (BIB). Turut dihadiri YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad , Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan YAS Dato’ Edwin Galan Teruki, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bersama YBrs. Puan Hasmarulaini binti Omar, Pengarah Bahagian Gaji dan Elaun Jabatan Perkhidmatan Awam.

Sesi Pembentangan Permohonan Kelulusan Bayaran Lebih Masa dan Kenaikan Kadar Bayaran Insentif Bomba (BIB) oleh YAS Dato’ Edwin Galan Teruki, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) bertempat di Bilik Mesyuarat Orkid, JBPM Negeri Selangor. Ybrs. Puan Hasmarulaini binti Omar juga turut membuat lawatan ke Makmal Penyiasatan Kebakaran di Bahagian Penyiasatan Kebakaran, JBPM Negeri Selangor.

Demonstrasi penyiasatan kebakaran kebakaran turut dilakukan oleh Pegawai kanan bersama Unit Pengesan (K9) 2 ekor anjing pengesan bagi simulasi penyiasatan kebakaran dijalankan di perkarangan stor operasi Negeri Selangor.

English EN Malay MS
Skip to content