SHAH ALAM, 26 June 2024 – Bertempat di Bilik Mesyuarat Rafflesia, JKNS telah diadakan Sesi Libat Urus Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Wan Noraini binti Wan Mohamed Noor, Timbalan Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor turut hadir bersama Penolong Pengarah Latihan dan Pegawai Kanan ke sesi libat urus bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bagi membincangkan kerjasama antara agensi sebagai rakan strategik dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat khususnya di Negeri Selangor.
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor