STADIUM RAGBI TENGKU MUHAMMAD, 28 Julai 2024 – Telah berlangsung kejohanan Ragbi Piala Ketua Pengarah JBPM selama bermula pada 27 & 28 Julai 2024 di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail.
Pada hari terakhir Pasukan Selfire Rugby Club dari JBPM Negeri Selangor meraih tempat bermain di pusingan akhir menentang Pasukan HQ JBPM Club. YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail juga turut hadir memberikan sokongan kepada pasukan di perlawanan akhir tersebut. Pasukan Selfire Rugby Club hanya mampu meraih Naib Johan Cup pada edisi kali ini selepas kalah 0-5 menentang Pasukan HQ JBPM Club.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah JBPM dan bergambar kenangan bersama pasukan Selfire Rugby Club.